:}

Labels

Saturday, September 28, 2013

tempah lahhh awal....

Gubahan hantaran sebenarnya memang tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Namun adalah digalakkan untuk anda membuat tempahan awal kerana bimbang BANYAK pula tempahan  pada masa yang sama; dimana kami menetapkan had/bilangan untuk sesuatu masa.
Untuk makluman, jika quota telah penuh kami terpaksa menolak tempahan anda.

Begitu juga dengan tempahan jahitan & landskap.

Tiada penawaran bagi sebarang perkhidmatan-penghantaran luar kawasan sekitar utara Perak bagi gubahan-gubahan hantaran yang telah siap digubah. Anda perlu datang untuk mengambil sendiri semua gubahan yang telah siap.

Semua pembayaran adalah secara tunai. Bayaran minimum RM50 diperlukan untuk booking tarikh dan selebihnya perlu dibayar ketika mengambil gubahan hantaran yang telah siap. Jika gubahan menggunakan peralatan yang perlu dipulangkan semula, DEPOSIT mungkin diperlukan; bergantung atas budibicara kami.

Gubahan hantaran yang digubah termasuk dengan barang hantaran sekali. Walau bagaimanapun kami tidak menyediakan barang-barang seperti handbag, alat mekap, dan etc…..semua itu perlu disediakan oleh anda dan diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis anda dilangsungkan. Tetapi kami boleh membantu untuk membelikan buah-buahan atau coklat. Kos tambahan ini perlu anda bayar penuh bersama dengan harga pakej yang anda tempah semasa anda datang untuk mengambil gubahan hantaran yang telah siap.
Barang-barang yang hendak digubah hendaklah diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis diadakan.






No comments :

Post a Comment